MIV Bersama Komuniti 2020

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

MIV bersama Komuniti adalah satu program sukarelawan ICT yang bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi digital dikalangan masyarakat setempat agar ICT dapat dimanfaatkan pada tahap maksimum. Sukarelawan akan berkongsi pengetahuan dan menggalakkan penggunaan ICT yang positif di kalangan masyarakat. Antara Visi MIV adalah Sukarelawan Malaysia ICT (MIV) merupakan satu platform yang bertujuan untuk memperkasakan warga Malaysia untuk menjadi warga digital menuju ke arah negara digital (Digital Nation).

Menggalakkan warga digital dan media literasi untuk menyertai secara berkesan, beretika dan dengan bertanggungjawab serta mendorong permintaan untuk komunikasi dan perkhidmatan multimedia. Seterusnya, antara visi MIV ini adalah Untuk membangunkan warga digital yang kompeten & cekap yang berupaya untuk membangunkan dan membina aplikasi & perkhidmatan ICT dan menghasilkan kandungan yang sesuai untuk digunapakai oleh komuniti dan kumpulan pengguna yang membolehkan mereka mengawal semua aspek kehidupan mereka. Selain itu, visi MIV ini ialah Untuk memberi peluang untuk sukarelawa (termasuk belia, wanita dan remajaperempuan, dan profesional- profesional yang telah bersara) Untuk mendapat dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan semua orang di pelbagai peringkat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali